#penghalang kepada kebaikan: ~TAKSUB,TAMAK,SOMBONG,CURIGA,CEMBURU,DENDAM,PENCURI MASA
#5 perkara berkait dgn hak individu: ~AKAL,NYAWA,MARUAH,HARTA dan AGAMA
#pilih pasangan yang sesuai dan CHECK pasangan kita (yg nk kawin)
#seks bebas memang seronok tapi mendatangkan kesan yg amat tinggi (HIV n AIDS)
#pengurusan mayat HIV sangat complicated (chlorine dan kapur --)
#ikut nafsu dan duit memang tak pernah cukup dalam dunia ni..
#dugaan manusia : ~ILMU,KEDUDUKAN,KEKAYAAN,KEMISKINAN,KEBODOHAN dan KESAKITAN.. #kemiskinan buat ramai orang lupa kepada Allah s.w.t ~cth di Changlun (1 rumah miskin je ada sejadah tapi yg lain tak ada sejadah)
#dapat barah,sujud syukur pada Allah s.w.t sbb kita tahu bila kita akan mati. ~kita boleh tinggal maksiat dan fokus pada Allah s.w.t
#kesakitan adalah ujian ketahanan dari Allah s.w.t
#berhenti bat kejahatan dan banyakkan buat kebaikan.
#pesan pada mak,jangan cemburu pada jiran yang kaya. ~mungkin orang kaya itu yang bantu kita time kita susah.. ~jiran yang kaya membawa kebaikan pada kita..
#orang Melayu suka bersaing..
#orang Melayu paling ramai ambik dadah sebab nak cepat kaya.. ~cth: umi azlin (keldai dadah luar negara)-graduate tapi duduk dlm penjara di China.
Bila tengok debat, teringat puisi Osman Awang, "MELAYU"...
Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan.
...
Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar, Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut, Biar mati adat Jangan mati anak. ...
Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba. Berbuahlah pisang tiga kali ...
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak.
...
Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka
Di sini pembaca perlu berhati-hati, dengan sebuah phrasa berkaitan
iaitu ‘Matlamat Menghalalkan Cara', teori ini menurut sumbernya
dipopularkan oleh Niccolò Machiavelli di dalam buku tulisannya bertajuk
‘The Prince'.
Jika dirujuk kepada konsep yang digagaskan oleh
Machiavelli ini, sudah tentunya Islam menolak ideanya kerana ia tidak
mempunyai sebarang limitasi dan panduan. Ia terbuka, untuk apa sahaja
cara, selagi mana boleh membawa sesuatu objektif yang ingin diraih dan
dikira perlu.
"Maka lakukankanlah cara itu, ia akan berubah menjadi mulia
dan diterima..."
Walaubagaimanapun,
masalah haram tetap dinilai haram, betapa baik dan mulia, niat dan
tujuannya. Syariat Islam tidak membenarkan prinsip yang disebut sebagai
al-gayah tubarriru al-wasilah (untuk mencapai tujuan cara apapun
dibenarkan). Bahkan setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara
yang baik.
Kali ini, penulis ingin mengambil sedikit pendapat dari seorang Mantan Mufti Perlis, dan kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agama Perlis dan Fellow OCIS, Oxford University, Oxford mengenai DEMONSTRASI PTPTN yang berlaku baru-baru ini...
Dr Asri
"Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun
setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai
disiplin yang mesti dipatuhi."
"Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya
melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan
slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan
bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa
ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan."
"Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring
ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang
membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk
mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan."
"Mahasiswa hendaklah
terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan
mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap."
DEMONSTRASI hanya mengajar anak-anak muda kita menjadi tidak berakhlak dengan akhlak ISLAM. Tengok saja ikhtilat (pencampuran) antara lelaki perempuan,berjalan dengan sombong dan bongkak, menjerit-jerit seperti orang gila kesemua ini bercanggah dengan firman ALLAH Ta`ala:
وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما
“Dan hamba-hamba Ar-Rahman itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” [Al-Furqan:63]
Kata Ibnu Jarir At-Thabari menafsirkan ayat ini:
بالحلم والسكينة والوقار غير مستكبرين، ولا متجبرين، ولا ساعين فيها بالفساد ومعاصي الله
Iaitu
mereka berjalan dengan sabar, tenang al-waqar (merendahkan
pandangan,suara,dan sikitnyaberpaling-paling) tanpa perasaan
sombong,bongkak dan tidak berjalan atas muka bumi untukmelakukan fasad
& maksiat kepada ALLAH [Tafsir At-Thabari 19/293]
Firman Allah lagi:
ولا تمش في الأرض مرحا إنك لن تخرق الأرض ولن تبلغ الجبال طولا .
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,
kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan
sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. [Al-Isra`:37 ]
Nukilan
Ikhlas dari : Muhammad Fashan Ahmad Ziadi, Mahasiswa Jurusan Usuluddin
dan Dakwah, Universiti ISLAM Madinah. Arab Saudi.
Sesungguhnya, tempoh tiga atau empat tahun dalam konteks pengajian
ijazah pertama misalnya amat pendek. Justeru, dalam tempoh sesingkat
itu, golongan pelajar perlu membina keupayaan yang tinggi sebelum
melangkah ke pangkuan masyarakatnya. Hanya melalui ilmu, nilai dan
kemahiran, mereka mampu mendepani masa hadapan dengan pertimbangan dan
keputusan yang tepat.
Ini termasuklah dalam soal berpolitik.
Politik memerlukan kepada kekuatan ilmu, nilai dan kemahiran. Politik
tanpa ilmu, nilai dan kemahiran akan menjadikan politik itu sekadar
komoditi atau bahan dagangan semata-mata untuk kepentingan tertentu.
Sebaliknya,
politik wajar menjadi wasilah dan pegangan kepada kita untuk berbakti
dan menyumbang. Bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk
kepentingan rakyat dan kesejahteraan agama dan juga negara.
kesibukan belajar tidak menghalang mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat.....ini lg faedah kepada mahasiswa dan masyarakat setempat...xde la buat hal yg bukan2......