sahabat

Isnin, 16 April 2012

Matlamat mengHALALkan cara?!!?!


-Contoh kreativiti mahasiswa yang kurang matang-





 
Di sini pembaca perlu berhati-hati, dengan sebuah phrasa berkaitan iaitu ‘Matlamat Menghalalkan Cara', teori ini menurut sumbernya dipopularkan oleh Niccolò Machiavelli di dalam buku tulisannya bertajuk ‘The Prince'.


Jika dirujuk kepada konsep yang digagaskan oleh Machiavelli ini, sudah tentunya Islam menolak ideanya kerana ia tidak mempunyai sebarang limitasi dan panduan. Ia terbuka, untuk apa sahaja cara, selagi mana boleh membawa sesuatu objektif yang ingin diraih dan dikira perlu. 

                     "Maka lakukankanlah cara itu, ia akan berubah menjadi mulia dan diterima..."

Walaubagaimanapun, masalah haram tetap dinilai haram, betapa baik dan mulia, niat dan tujuannya.  Syariat Islam tidak membenarkan prinsip yang disebut sebagai al-gayah tubarriru al-wasilah (untuk mencapai tujuan cara apapun dibenarkan).  Bahkan setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara yang baik.  
Kali ini, penulis ingin mengambil sedikit pendapat dari seorang Mantan Mufti Perlis, dan kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agama Perlis dan Fellow OCIS, Oxford University, Oxford mengenai DEMONSTRASI PTPTN yang berlaku baru-baru ini...
Dr Asri
Dr Asri
"Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi."

"Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan."
"Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan."
"Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap." 
DEMONSTRASI hanya mengajar anak-anak muda kita menjadi tidak berakhlak dengan akhlak ISLAM. Tengok saja ikhtilat (pencampuran) antara lelaki perempuan,berjalan dengan sombong dan bongkak, menjerit-jerit seperti orang gila kesemua ini bercanggah dengan firman ALLAH Ta`ala:

وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما

“Dan hamba-hamba Ar-Rahman itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” [Al-Furqan:63]

Kata Ibnu Jarir At-Thabari menafsirkan ayat ini:

بالحلم والسكينة والوقار غير مستكبرين، ولا متجبرين، ولا ساعين فيها بالفساد ومعاصي الله

Iaitu mereka berjalan dengan sabar, tenang al-waqar (merendahkan pandangan,suara,dan sikitnyaberpaling-paling) tanpa perasaan sombong,bongkak dan tidak berjalan atas muka bumi untukmelakukan fasad & maksiat kepada ALLAH [Tafsir At-Thabari 19/293]

Firman Allah lagi:

ولا تمش في الأرض مرحا إنك لن تخرق الأرض ولن تبلغ الجبال طولا .

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. [Al-Isra`:37 ]

Nukilan Ikhlas dari : Muhammad Fashan Ahmad Ziadi, Mahasiswa Jurusan Usuluddin dan Dakwah, Universiti ISLAM Madinah. Arab Saudi.





1 ulasan: