sahabat

Sabtu, 2 Jun 2012

"..DAULAT TUANKU!!.."



http://i129.photobucket.com/albums/p214/rusdi3713/panji2%20agung%205th%20june%2010/_MG_55861r.jpg
Perbarisan mengarak panji-panji oleh ATM
KUALA LUMPUR: Seramai 586 anggota lain-lain pangkat dan 22 pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam istiadat mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Kem Perdana Sungai Besi Sabtu ini.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah berangkat menghadiri istiadat itu.
Istiadat sembah ikrar taat setia ATM kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada hari ini.
Pegawai Perhubungan Media, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, Mejar Abd Rais Esa berkata, anggota perbarisan yang terbabit dalam perarakan telah mula berlatih sejak dua minggu lepas.

Abd Rais berkata, anggota yang terlibat dengan perarakan pada hari terbabit adalah anggota yang biasa terbabit dalam istiadat perbarisan dan mereka akan memakai pakaian khas untuk sambutan keputeraan.

http://static.flickr.com/70/159603848_6389a0a977_o.jpg
Memang bangga dan gerun bila menonton perbarisan walaupun dari tv kat kolej.  Tahap disiplin yang mantap menonjolkan ciri keperwiraan sebagai pasukan tentera yang digeruni serata dunia.

http://farm4.static.flickr.com/3273/2573811165_13827f3228_o.jpg

http://farm4.static.flickr.com/3089/2561694314_59bd71803d_o.jpg


NAMUN DEMIKIAN...

sakit juga jiwa penulis bila mendengar khabar kurang enak mengenai integriti pasukan keselamatan negara yang kian tercalar akibat campur tangan pihak tertentu.


http://media1.malaysiakini.com/270/f84f89e56d40584bcf2853627728e618.gif
Kes kehilangan enjin jet F-5E


Kaedah latihan turut dipolitikkan


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4AVvZqNAQBVKmv3UZnY9_pzwYJcx8Q8J2_Q8ejrYh3qVUtkGe1yDzEvabEJZTKvjjh0ragMXjZfURI3CjDrzvF8gyCHcjHN-iNd6AZFnZ8NA9lnJ_qDyEEMSup65593tYsQpe8ir8Ypob/s1600/scorpene+sub1.jpg
Kes Kapal Selam Scorpene


'Bekas Askar' tak senonoh mencalarkan imej ATM


Penulis sayang Malaysia, berdoa dijauhkan malapetaka bencana akibat perbuatan pihak tertentu yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!


 SAYA ANAK MALAYSIA!!!!

ps;- tgh study week, semoga berjaya kepada mahasiswa lain dalam menempuhi peperiksaan....
CHAW CIN CHAW!!


Ahad, 20 Mei 2012

Hutang Oh Hutang...





RM3 ke, RM3k ke, RM30k ke, atau berapa sekalipun, hutang tetap hutang iye tak?

 Kalau dah janji nak bayar sekian-sekian, kenalah ditepati. 

Tengok adik-adik kita ni, RM3 pun buat surat perjanjian.

Macam ni bagus kecil-kecil dah disiplinkan diri dengan sifat amanah. 

Tapi tak bayar RM3, ganti dengan kasut Supra tak tahan tu



credit: https://www.facebook.com/HimpunanCeritaLawak 


ps: BTW, jgn lupa...

 


Sabtu, 12 Mei 2012

Keldai Dadah di UPNM

#4 perkara perjanjian antara kita dgn Allah s.w.t utk jadi manusia:
1)rezeki 
2)jodoh
3)kematian
4)qada n qadar (takdir)

#manusia diberi AKAL,PERASAAN,FIZIKAL DAN JIWA..

#4 perkara Rasulullah s.a.w tinggalkan pada kita:
1)SIDDIQ
2)AMANAH
3)TABLIQ
4)FATONAH

#penghalang kepada kebaikan:
~TAKSUB,TAMAK,SOMBONG,CURIGA,CEMBURU,DENDAM,PENCURI MASA

#5 perkara berkait dgn hak individu:
~AKAL,NYAWA,MARUAH,HARTA dan AGAMA

#pilih pasangan yang sesuai dan CHECK pasangan kita (yg nk kawin)

#seks bebas memang seronok tapi mendatangkan kesan yg amat tinggi (HIV n AIDS)

#pengurusan mayat HIV sangat complicated (chlorine dan kapur --)

#ikut nafsu dan duit memang tak pernah cukup dalam dunia ni..

#dugaan manusia :

~ILMU,KEDUDUKAN,KEKAYAAN,KEMISKINAN,KEBODOHAN dan KESAKITAN..

#kemiskinan buat ramai orang lupa kepada Allah s.w.t 

~cth di Changlun (1 rumah miskin je ada sejadah tapi yg lain tak ada sejadah)

#dapat barah,sujud syukur pada Allah s.w.t sbb kita tahu bila kita akan mati.
~kita boleh tinggal maksiat dan fokus pada Allah s.w.t

#kesakitan adalah ujian ketahanan dari Allah s.w.t

#berhenti bat kejahatan dan banyakkan buat kebaikan.

#pesan pada mak,jangan cemburu pada jiran yang kaya.

~mungkin orang kaya itu yang bantu kita time kita susah..
~jiran yang kaya membawa kebaikan pada kita..

#orang Melayu suka bersaing..

#orang Melayu paling ramai ambik dadah sebab nak cepat kaya..
~cth: umi azlin (keldai dadah luar negara)-graduate tapi duduk dlm penjara di China.

sekian dari kami wakil al-falah UTM...

Jumaat, 27 April 2012

DEBAT PTPTN – PEMANSUHAN PTPTN & HALA TUJU PENDIDIKAN TINGGI







Tarikh: 3 Mei 2012
Masa: 8.00PM
Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Sebarang pertanyaan boleh hubungi mereka:

Laila : 019-3310211
Fazli: 019-2808492
Rini: 019-3371066



Bila tengok debat, teringat puisi Osman Awang, "MELAYU"...

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

...


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
...



Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
...


Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

...






Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka




Klik Untuk Puisi Penuh




ps: saper yg pinjam ptptn jangan lupe bayar balik...;-)

Isnin, 16 April 2012

Matlamat mengHALALkan cara?!!?!


-Contoh kreativiti mahasiswa yang kurang matang-





 
Di sini pembaca perlu berhati-hati, dengan sebuah phrasa berkaitan iaitu ‘Matlamat Menghalalkan Cara', teori ini menurut sumbernya dipopularkan oleh Niccolò Machiavelli di dalam buku tulisannya bertajuk ‘The Prince'.


Jika dirujuk kepada konsep yang digagaskan oleh Machiavelli ini, sudah tentunya Islam menolak ideanya kerana ia tidak mempunyai sebarang limitasi dan panduan. Ia terbuka, untuk apa sahaja cara, selagi mana boleh membawa sesuatu objektif yang ingin diraih dan dikira perlu. 

                     "Maka lakukankanlah cara itu, ia akan berubah menjadi mulia dan diterima..."

Walaubagaimanapun, masalah haram tetap dinilai haram, betapa baik dan mulia, niat dan tujuannya.  Syariat Islam tidak membenarkan prinsip yang disebut sebagai al-gayah tubarriru al-wasilah (untuk mencapai tujuan cara apapun dibenarkan).  Bahkan setiap tujuan yang baik harus dicapai dengan cara yang baik.  
Kali ini, penulis ingin mengambil sedikit pendapat dari seorang Mantan Mufti Perlis, dan kini berkhidmat sebagai Ahli Majlis Agama Perlis dan Fellow OCIS, Oxford University, Oxford mengenai DEMONSTRASI PTPTN yang berlaku baru-baru ini...
Dr Asri
Dr Asri
"Adalah hak mereka untuk melaungkan hasrat ataupun berdemonstrasi, namun setiap tindakan sekalipun di medan perang fi sabilillah mempunyai disiplin yang mesti dipatuhi."

"Pada saya, alangkah baiknya jika mereka mahasiswa yang terlibat hanya melaungkan slogan tuntutan mereka tanpa mengiringinya dengan slogan-slogan yang berbau parti-parti tertentu. Ini bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan."
"Alangkah baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan."
"Mahasiswa hendaklah terus memikul idealisma perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap." 
DEMONSTRASI hanya mengajar anak-anak muda kita menjadi tidak berakhlak dengan akhlak ISLAM. Tengok saja ikhtilat (pencampuran) antara lelaki perempuan,berjalan dengan sombong dan bongkak, menjerit-jerit seperti orang gila kesemua ini bercanggah dengan firman ALLAH Ta`ala:

وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجاهلون قالوا سلاما

“Dan hamba-hamba Ar-Rahman itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.” [Al-Furqan:63]

Kata Ibnu Jarir At-Thabari menafsirkan ayat ini:

بالحلم والسكينة والوقار غير مستكبرين، ولا متجبرين، ولا ساعين فيها بالفساد ومعاصي الله

Iaitu mereka berjalan dengan sabar, tenang al-waqar (merendahkan pandangan,suara,dan sikitnyaberpaling-paling) tanpa perasaan sombong,bongkak dan tidak berjalan atas muka bumi untukmelakukan fasad & maksiat kepada ALLAH [Tafsir At-Thabari 19/293]

Firman Allah lagi:

ولا تمش في الأرض مرحا إنك لن تخرق الأرض ولن تبلغ الجبال طولا .

Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. [Al-Isra`:37 ]

Nukilan Ikhlas dari : Muhammad Fashan Ahmad Ziadi, Mahasiswa Jurusan Usuluddin dan Dakwah, Universiti ISLAM Madinah. Arab Saudi.





Ahad, 25 Mac 2012

~Politik Sebagai Wasilah Untuk Berbakti~

   Sesungguhnya, tempoh tiga atau empat tahun dalam konteks pengajian ijazah pertama misalnya amat pendek. Justeru, dalam tempoh sesingkat itu, golongan pelajar perlu membina keupayaan yang tinggi sebelum melangkah ke pangkuan masyarakatnya. Hanya melalui ilmu, nilai dan kemahiran, mereka mampu mendepani masa hadapan dengan pertimbangan dan keputusan yang tepat.

   Ini termasuklah dalam soal berpolitik. Politik memerlukan kepada kekuatan ilmu, nilai dan kemahiran. Politik tanpa ilmu, nilai dan kemahiran akan menjadikan politik itu sekadar komoditi atau bahan dagangan semata-mata untuk kepentingan tertentu.

   Sebaliknya, politik wajar menjadi wasilah dan pegangan kepada kita untuk berbakti dan menyumbang. Bukan untuk kepentingan peribadi tetapi untuk kepentingan rakyat dan kesejahteraan agama dan juga negara.

Sumber: sini